Sabtu, 13 September 2014

TIPS PENYUSUAN UNTUK IBU MUDA YANG TIDAK CUKUP SUSU?

Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan tips penyusuan yang saya dapat melalui pembacaan dan pengalaman membesarkan 2 orang puteri saya. Pengalaman sebenarnya banyak mengajar saya untuk melihat dan memahami keperluan anak-anak saya. Serius saya katakan, membesarkan kedua-dua puteri saya ini sangat berbeza. Melahir dan membesarkan puteri kedua rasa lebih mudah dan rileks berbanding yang sulung. Almaklumlah, anak sulung kan kita masih baru belajar, semuanya adalah baru. Jadi ambil masa untuk belajar kan. 

Untuk anak kedua saya, Dhiya, saya menguruskan semua keperluannya sendiri sejak lahir. Ibu saya hanya membantu sediakan makanan dan keperluan saya. Cuma dalam 2 minggu awal tu ibu saya yang mandikan anak saya, selepas tu, saya sendiri yang mandikan. Oleh itu, saya merasa sendiri kesemua pengalaman membesarkan dhiya sejak lahir. Dhiya sangat jarang merengek, agak lembut dan suka senyum. Saya perhatikan, bila dia kelihatan tidak selesa, saya mula2 akan cek pampersnya. Biasanya lepas cek, dia poo poo, lepas tukar, dhiya akan ceria seperti biasa. Tak perlu menyusukan pun. Selain tu, kalau sudah cek pampers dan tiada apa2, saya cuba tidurkan dia dengan menepuk2 perlahan. Dhiya sangat mudah tidur, tak perlu disogok dengan susu pun boleh tidur. Setelah kedua2 faktor tersebut tidak ada masalah, baru saya berikan susu. Alhamdulillah, selain Dhiya tiada kuning/jaundis, dhiya juga tiada kembung sepanjang dalam berpantang. Jadi, faktor kembung saya tidak ambil kira. 

Berbanding kakaknya Chicha, saya hampir buntu jikalau cicha merengek. Sememangnya cicha sangat kuat mengempeng. Kerap kembung, dan kerap menangis. Saya setiap kali cicha merengek, terus saya hulur susu. Saya tertekan, letih, penat, lapar, panas dan haus. Hingga orang sekeliling katakan yang susu saya sikit. Tapi saya tidak endahkan dan teruskan penyusuan. Cicha juga sebenarnya terdapat infected pada telinga, selepas tempoh pantang baru kami sedar. Mungkin sebab itulah cicha kerap merengek dan berjaga malam. 

Serius sangat penat untuk bertahan menyusukan. Sakit-sakit, letih, dan sedikit tertekan. Tapi itu semua perkara biasa. Sakit pada payudara adalah sementara kerana ia permulaan untuk sesuaikan dengan kehendak bayi. Letih adalah suatu perkara sementara, pabila dapat menyusukan dengan berjaya, ia merupakan pengorbanan yang tak dapat digambarkan. 

Semuanya worth it untuk bertahan. Percayalah. 
Kerana susu ibu adalah susu terbaik. 
Susu ibu mengeratkan ibu dan anak.
 Susu ibu pertahanan badan untuk anak kita dari mudah mendapat penyakit. 
Susu ibu adalah magik. 
Susu ibu mudah untuk bersiar-siar tak perlu bawa air suam merata-rata, just direct breastfeed. 
Susu ibu menjimatkan. Dan banyak lagi.
Terlalu banyak sebab untuk memberikan susu ibu yang terbaik untuk bayi kita.

Ibu-ibu sayang, bertahanlah, rasailah, hayatilah pengalaman menyusukan kerana pengalamannya tiada tandingan.


TIPS MENYUSU YANG RAMAI IBU MUDA KELIRU

Jangan terkeliru jika baby kelihatan fussy konon masih lapar walau diberi susu. Cuba sabar dan jgn terlalu cepat simpulkan bahawa baby tak kenyang dan mula campurkan dgn formula milk atau makanan dlm susu.

Perut baby kecil sgt. Fussy tak semestinya sbb lapar sahaja, mgkin pampers penuh, perut kembung, atau mengantuk. Baby akan mengempeng sbb bila menyusu dia rasa tenang. 

Sebolehnya elakkan beri makanan sebelum 6 bulan. Banyak kes berlaku menyebabkan usus bayi pecah dan tersumbat. 

Saya faham sgt bila org sekeliling kata baby lapar dan kesian. Just senyum terangkan pendirian kita. 

Banyak lg faktor lain menyebabkan bayi kelihatan fussy. Banyakkan membaca dan menimba ilmu. Ilmu parenting ni untuk dikongsi, bukan terlalu bangga dgn ilmu yg sedikit ini. Lg dikongsi, lagi byk manfaat kerana dapat membantu orang lain. 


Jika rasa letih, penat dan tidak bermaya untuk menyusukan, ambillah suplemen untuk memberi tenaga. Kerana membesarkan anak-anak perlukan tenaga yang lebih. Anda kerap bangun malam menyusu, kurang tidur, dan badan pun mudah sakit-sakit kelenguhan. Suplemen penting untuk ibu-ibu untuk kekal bertenaga menguruskan rumahtangga terutama ibu-ibu moden yang berkerjaya. Saranan saya adalah saranan peribadi, ambillah sebarang suplemen yang sesuai dengan badan anda. Tapi diingatkan supaya memilihlah suplemen yang selamat. Saya amalkan suplemen Shaklee sedari hamil hingga sekarang. Untuk ibu menyusu, sesuai untuk mengamalkan :
  1. Multivitamin untuk tenaga (vitalea)
  2. B complex.
  3. Vitamin c untuk pertahan badan dari penyakit.
  4. Ostematrix kalsium untuk kekuatan sendi dan tulang kerana ibu menyusu mudah sakit-sakit pinggang, lenguh dan sakit-sakit badan.
  5. Alfalfa untuk menggalakkan susu.
  6. Soy Protein ESP untuk tenaga dan menggalakkan susu.
Untuk lebih lanjt, boleh rujuk link ini :


 


Klik sini di bawah untuk cara mendaftar sebagai ahli rangkaian kami dan kelebihan yang akan anda dapat :

>>>>>>>>>>>  SENARAI HARGA SHAKLEE  <<<<<<<<<<<<<<<

Untuk sebarang pertanyaan jemput hubungi :

nazirah abdullah
013-353 2798
nazirah.abdullah@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...